Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

Psykologi Cinta

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang
apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia.
Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Anda mungkin menaruh hati kepadanya, 
cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu.
Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu.
Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya 
sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi
sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu
dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ... terimalah
kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah
membahagiakan kamu.

Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan
bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada
di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya
kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu
itu.

Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk
mencari orang yang menyayangi kita. yang paling
berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita
tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan
membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah
bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,
mungkin tiada lagi peluang kedua.

Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah
bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia,
jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan
bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan
menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.
Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda
benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu
titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya
air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki
tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab
titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki
yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi
saya berlalu begitu sahaja."

Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang
sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa
berusaha untuk mendapatkannyaatau mempertahankannya.
Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir
atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan
kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal
mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu
sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik
perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk
abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari
anda walau diamana sahaja anda berada.

Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin
bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat
bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu
sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg
bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita
tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali
daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita
sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik
untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan
hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha
bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu
sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering
melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada
orang yg bertuah.

Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai
anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano.
pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian,
lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting.
Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda
mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin
terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat
mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu
terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak
percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi
memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa
sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan
meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula
pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya,
sayaakan'court'(sentiasa cuba memenangi) anda
selamanya... "

Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.
terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih
memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya.
Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan
berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun
akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai
kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal
mendatang.

Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam
percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya
terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya,
kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda
tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan
kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam
mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda
bertangguh

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada
orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan
biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu
perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa
penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda.
Dengan itu, anda akan merasa lebih yakin dan puas. Dan
anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda
telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan
hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana
akibatnya hanya anda yang akan sengsara; bukan orang
lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup
ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup
menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan
pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan
anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih
menyayangi anda, maka andalah orang yang paling
bertuah! Dia layakmendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta
untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda
sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana
keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu
disedari. Apabila anda bercinta... ... Ia bukan
'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda
memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu
dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk
anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah
untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk
anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2
atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai

People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel

Saturday, September 20, 2014

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang....
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan......
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

Friday, August 29, 2014

Lelaki Idaman

Pertama kali kita bersua, hati yang masih jahil berbisik,
Mengutuskan kau bukan pilihanku, Kau terlalu membosankan,
Aku memandangmu, dan pandanganku kesasar,
Kulihatmu seorang lelaki muda yang warak',
Kau baik namun kau pasti membosankan.

Kedua kali kita dipertemukan, hati yang mulai mengenal cahaya hidayah ketika itu,
Mulai tertarik pada cara kau membawa diri, menjunjung agamamu di atas kepala walau di negara asing,
Aku memandangmu, ada sesuatu di dalam dirimu yang aku kekurangan,
Kulihatmu seorang lelaki muda yang warak',
Kau pasti seorang yang baik, lebih baik dari ramai orang.

Kali ketiga kita dipertemukan, Disatu majlis ilmu hatiku ketika itu semakin mengenal Rabb.
Aku kagum bila diperlihatkan banyaknya ilmu agama yang kau ketahui, semangatmu yang bekobar,
Hatiku tersentuh, tak ramai lelaki muda sepertimu,
Kulihatmu kini bukan sekadar seorang yang warak', kau seorang lelaki idaman,
Sungguh kau pasti yang terbaik diantara yang terbaik,

Dalam diam malam aku berdoa, semoga kita dipertemukan lagi,
Semoga Allah menjodohkan kita, Kerana aku mungkin takkan ketemu lelaki sebaikmu lagi,
Dan mungkin tak ramai yang mengerti, erti mencintai kerana Allah,
Aku mencari yang benar mengerti, dan yang ingin menuju syurgawi,
Kerana kau seorang lelaki yang warak', ciri itu yang aku cari sebagai seorang pendamping hidup.

Friday, May 23, 2014

Tanya Hatimu


Janganlah tertarik kepada seseorang karena parasnya,
kerana keelokan paras akan menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya
kerana kekayaan akan musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum,
Kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Semoga kamu menemui orang seperti itu.

Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang
Sehingga hati terasa ingin menjemputnya dari alam mimpi
dan memeluknya dalam alam nyata.
Semoga kamu bermimpikan orang seperti itu.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan
untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu senang hati,
dugaan yang cukup untuk membuatkanmu tabah,
kedukaan yang cukup untuk membuatmu berperikemanusiaan,
pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia
dan harta yang cukup untuk membeli segala keperluanmu.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan.
Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki
sehinggalah kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula
bahwa kita tidak tahu apa yang belumpernah kita miliki
sehinggalah kita mendapatkannya.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain.
Apabila hal itu menyakitkan hatimu,
sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat membangkitkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan membawa berkat.

Monday, May 19, 2014

Keunggulan Mukminah

Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH
menjalin agung sebuah cinta
menafkahkan hartanya fisabilillah
aku ingin sezuhud FATIMAH
akur tanpa jelak setiap perintah
aku mengagumi dan mahukan
gedung ilmu SITI AISHAH
aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR
menggendong puteranya yang masih merah
di tanah padang pasir yang merekah
bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda
fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA

pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH
tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah
biar tersingkap segala hijab
dua cinta takkan bersatu dalam satu hati
lantas ku serah cinta ini
untuk yang MAHA MENGASIHI
pasrahku pada mennah perjuangan
bagai cekalnya hati ZAINAB AL-GHAZALI
terluka, terseksa, terpenjara
terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku
teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah
demi islam bukannya menyerah galang-gantinya

atau setidaknya aku mengimpikan
hidup semulia MARYAM JAMEELAH
berteman pena menongkah arus kepayahan
ruh jihad ini perlu disemarakkan
dan biarlah aku yang menyemarakkannya
redhalah aku...redhalah aku
redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
kan ku teguh menatang serikandi ummah
hanya kerana islam merindui
kemunculan peribadi
mukminah, muslimah, mujahadah
yang rela mati dalam keunggulan iman
terpanggung gagah bagai harumnya pusara MASYITAH
TIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN..

Sunday, May 4, 2014

Surat Dari Wanita

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih
pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih
berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir
yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai
keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal
dinobat sebagi ahli syurga, memimpinku ke arah tuju
yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s.
yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku
terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh
mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di
dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita
berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi selagi kita
tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan
kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih
tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan
kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku
takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik
dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang menjadi harta buatku
sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa
tanggungjawabmu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia
melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan
Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Andai satu hari nanti
Kita ditakdirkan bersama
Melayari bahtera kehidupan
Usah kau impikan selaut sutera keindahan
Usah kau igaukan kasih yang mengunung tanpa puncak
Juga usah kau harapkan
Kesempurnaan diri ini

Aku bukan Siti Khadijah
Mahupun permata Siti Fatimah
Aku bukan Siti Aisyah
Mahupun Ummul Mukminin lain
Bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita sufi terpuji
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam
Masyitah, Asiah, Sumaiyah

Mengertilah dengan waras keislaman
Aku hanyalah wanita akhir zaman
Yang masih cuba mempertahankan maruah
Dan kesucian diri sebagai muslimah
Berlandaskan garisannya
Dalam mengharungi kegawatan masa kini
Yang serba palsu dan penuh onak diri
Dengan kemampuan sekuman cuma

Demi keranaNya semata
Tidak kutagih apa-apa darimu
Cuma kupohon sebuah pengertian
Dan kasih sayang suci
Bahawa aku adalah amanat untukmu
Andai ditakdirkan kita bersama

Sunday, April 27, 2014

Kasih Dan Cinta Dalam Islam

"Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, "Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?", maka
dijawabnya, "Oh, tidak...kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya," Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)"
______________________________________

"...Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?..."
______________________________________

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan

Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.

Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau'.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa' (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau'.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di sisi Islam.

Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah jalan?

Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan.

Friday, February 21, 2014

Puisi Cinta

Wahai saudara dan saudari...
Cinta manusia ialah cinta kedua...
Jangan lupa cinta illahi...
kerana ia rahsia bagi yang pertama...

Sungguh hebat cinta yang hakiki...
Tidak boleh dirasai melainkan diuji...
Tidak boleh diperhati, melainkan tuan punya diri...
Dirasai hebat bila dekat sekali...
Terasa rindu bila ia hilang lagi...

Segera dicari tanpa jemu...
Takut ia pergi tanpa kembali...
Rindunya tidak terperi...
biarlah sakit badan asalkan diperolehi...
Mungkin juga ia adalah satu jalan....
UNTUK LEBIH CINTA PADA ILAHI...

Aneh sungguh rasanya...
terasa seakan-akan diperhati...
Semakin ibadat mudah terlaksana...
Lebih taqarrub pada Illahi...

Tiada selalu tangan memegang..
Melainkan Al-Quran yang suci...
itulah dia pengubat rindu...
terasa tenang didalam hati

Mana mungkin ia diwarisi...
daripada saudara dan saudari...
melainkan empunya diri yang mencari...
kerana itulah, ia dipanggil yang hakiki..

Cinta bersih, tidak dikotori...
Disulam ketenangan, dan tangisi...
Ia amat susah untuk diungkapi...
kerana itu, ia dipanggil yang suci...

Cinta Illahi ialah kunci utama...
kepada cinta makhluk, iaitu insani...
Tidaklah Kami jadikan manusia berhati dua...
Dijadikan perumpamaan untuk dihayati...

Oleh itu, wahai sahabat...
Janganlah jadikan ia misi utama...
melainkan setelah dapat yang pertama..
kemudian barulah yang kedua..
barulah rumah tangga aman bahagia...

Saturday, February 1, 2014

LOVE-LOVE-LOVE

People only realize what
they had after they lose it,
so hold onto what you have
and never let it go


As you look back upon your life,
you find the times when
you have most lived, are the times
when you have lived for love

I wanted everything to stay the same
but feelings fade and people change
I'm living every moment like its my last
No longer letting my future be based on my past

Love is as much of an object as an obsession,
everybody wants it,
everybody seeks it,
but few ever achieve it,
those who do will cherish it,
be lost in it, and among all,
never... never forget it.

Love vanquishes time.
To lovers, a moment can be eternity,
eternity can be the tick of a clock.

To love and be loved
is to feel the sun from both sides.

Love is like war:
Easy to begin but hard to end.

I would give up everything
for one moment with you;
for one moment is better
than a lifetime of not knowing you..

Tuesday, January 28, 2014

Different Between Love and Marriage

Love is holding hands in the street.
Marriage is holding arguments in the street.

Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.

Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.

Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.

Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.

Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .

Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.

Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.

Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.

Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".

Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!"

Saturday, January 25, 2014

Antara Aku Dan Kamu

Antara aku dan kamu
ada jaringan
peranti antara muka
menjadi jendela bercerita
meluahkan segala rasa
mungkin itu cinta
atau suka sama suka
atau mungkin teman tapi mesra
kita memandang mulia
tetapi Tuhan memandang hina

Kita berhubungan
walau tidak berpegang tangan
kita rasa selesa
dan rasa diselimut iman
walau hati tidak keruan
dan hidup dikawal khayalan

Antara aku dan kamu
ada syaitan
mengatur rapi rancangan
menunggu peluang keemasan
agar kita memakan umpan
dan menjadi korban

Kita berdekatan
walau tidak bersentuhan
walau tidak berpegang tangan
kita rasa dijodohkan
walau hanya diperhambakan perasaan

Antara aku dan kamu
ada Tuhan sedang memerhati
ada malaikat yang sungguh teliti
mencatat segala 'luahan hati'
untuk dibicarakan di mahkamah-Nya nanti

Antara aku dan kamu
ada dosa-dosa tersembunyi
yang mungkin aku
atau kau
nampak
atau buat-buat tidak nampak
kerana kita hanya terleka
oleh buaian nafsu semata

Antara aku dan kamu
masih ada ruang
untuk diperbaiki
kembalilah
pulanglah pada Ilahi
agar tidak memakan diri
suatu hari nanti..

Friday, January 24, 2014

Belayar Mencari Penawar Sepi

Hati ku terluka kerinduan…
Mencari wajah disebalik mata…
Hati ku kusut kesepian…
Tanpa cinta dari Dia…
Dapatkah aku merindui Mu…
Dalam takbir Al-Quran…
Dapatkah aku mencintai Mu…
Dalam tirai perjalanan…
Telah ku teroka segala Rahsia…
Walau mendung menunjuk hampa…
Telah ku menoktahkan dalam lena…
Walau mentari muncul bahagia…
Dapatkah aku memburu Mu…
Dalam segala kepahitan mengundang…
Dapatkah aku melihat Mu…
Dalam segala kekusutan mendatang…
Ke mana harus ku tuju…
Segala rindu mencengkam jiwa…
Ke mana harus ku mengadu…
Segala cinta didalam jiwa…
Dapatkah aku memeluk Mu…
Dalam lena tidur ku…
Dapatkah aku sembah Mu…
Dalam sujud diatas sejadah ku…
Dimana kewujudan diri Mu…
Tunjukkan kepada hamba Mu ini…
Dimana tempat tepat Mu…
Akan ku cari wajah Mu…
Walaupun ku mati dalam penglihatan ini…
Kerana diriMu…

Aku belayar mencari penawar sepi…

Sunday, January 19, 2014

Puisi Pernikahan

Untuk Suamiku
Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Apalagi secantik Zulaikha.

Justru Istrimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,Menjadi Solehah....
Pernikahan atau perkhawinan,
Mengajar kita tanggungjawab bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya.

Saat Istri menjadi madu, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya istri tulang yang bengkok,
berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan,
Menyedarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dari redha Allah SWT.

Kerana memiliki istri yang tidak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasullulah,
Pun bukan pula sayyidina Ali
Karamallahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh...Amin.

Untuk Istriku
Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia.

Suami yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Muhammad saw,
Tidaklah setaqwa Ibrahim as,
Pun tidak setabah Ayub as,
Ataupun segagah Musa as,
Apalagi setampan Yusuf as.

Justru Suami hanyalah pemuda akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh....
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita tanggungjawab bersama,
Suami menjadi pelindung,
Kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal,
Kamu navigatornya,
Suami bagaikan balita yang nakal,
Kamu adalah penuntun kenakalannya,
Saat suami menjadi raja, Kamu nikmati anggur singgasananya,
Seketika suami menjadi bisa, Kamulah penawar ubatnya,
Seandainya suami berkata lancang,
Sabarlah memperingatknnya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dari redha Allah SWT.

Kerana memiliki istri yang tidak segagah mana,
Justru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukan pula Hajar, yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman,
Yang berusaha menjadi solehah...Amin.

Tuesday, January 14, 2014

Adakah Itu Cinta?

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

Wednesday, January 8, 2014

Wanita Acuan Al-Quran

Wanita Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran 
Ialah Wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran 
Ialah Wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam 
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran 
Ialah Wanita Yang Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW serta wanita sufi yang digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran 
Ialah Wanita yang Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran 
Ialah Wanita Yang Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Wanita Acuan Al-Quran 
Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT.

Tuesday, December 31, 2013

Perjalanan Kehidupanku

Suatu masa dulu… 
Hamba Mu ini hanyut dalam arus kehidupan, 
Begitu sibuk mengejar impian, 
Dengan harapan mendapat penghormatan dan kemewahan, 

Dunia yang fana ini menjadi matlamatku, 
Cinta berteraskan nafsu menjadi buruanku, 
Perihal akhiratku tiada ku endahkan, 
Perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan, 
Azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan, 
Syurga dan neraka tidak ku fikirkan… 

Sehinggalah pada suatu hari… 
Engkau menguji ku dengan kegagalan, 
Yang memusnahkan segala harapan, 
Menjadikan hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan… 

Ya Rahman… 
Di saat itu sangat sukar bagi ku menerima kenyataan, 
Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan, 
Hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan, 
Ku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan! 

Dan kini... 
Barulah ku sedari, 
Pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu, 
Terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim, 
Kerana melalui kegagalan itulah aku mula mengenali Mu, 
Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa 
Dunia tidak patut dijadikan matlamat, 
Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan, 
Lantas aku berpaling darinya dan berlari ke arah cinta Mu, 
Hanya keredhaan Mu sahajalah yang ingin ku raih kini... 

Ya 'Azim... 
Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu, 
Kerana di antara berjuta manusia, 
Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini, 
untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu 
dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah 
ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah... 

Ya Allah... 
Aku amat berterima kasih kepada Mu 
Kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat 
Dalam kehidupan yang serba sementara ini, 
Meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati Mu... 

Memang tidak dapat dinafikan lagi, 
Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang… 

Ya 'Aziz… 
Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini untuk selama-lamanya, 
Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap yang membawa kepada kesesatan, 
Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini, 
Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu, 

Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku, 
Benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman, 
Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran, 
Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan, 
Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan, 
Dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku… 

Ya Khaliq... 
Jadikanlah setiap hembusan nafasku, 
Setiap kelipan mataku, 
Setiap degupan jantungku, 
Setiap helaian rambutku, 
Setiap bait perkataanku, 
Setiap hayunan tanganku, 
Setiap langkah kakiku 
Dan setiap titisan darahku, 
Hanyalah untuk Mu… 

Sebelum tiba ajalku, 
Ingin ku merayu kepada Mu, 
Bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku, 
untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka, 
Lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu, 
Luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku, 
Meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu, 
Permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya... 

Curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku 
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah... 

Dan esok, Andainya aku tidak bernafas lagi, 
Sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi, 
Bimbinglah mereka sepertimana Engkau telah sudi membimbing diri ini, 
Agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi, 
Di pertemuan yang hakiki,
Di dalam syurga yang kekal abadi...

Sunday, December 29, 2013

Peringatan Buat Dirimu Dan Diriku

Wahai diri, mengertilah….

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..

Diriku…
Seringkah kau mencari jalan
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu..?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyukmu kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu..

Diriku..
Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku…
Pada nawafil dan amalan sunat
Ada jalan yang hampir utkmu berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya
Di situ ada bekalnya..
Lazimilah awal harimu dengan al-Ma’thurat
Pasti kau akan mengenali dirimu sebagai daie

Diriku..
Pada tawadhuk, pada ukhwafillah, pada infaq fisabilillah
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat
Ada ketenangan dan kekuatan

Diriku..
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan iradatNya
Pasakkan keyakinan untuk satu perubahan.

Thursday, December 26, 2013

Hati Yang Rapuh

Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu

Thursday, December 12, 2013

Aku Ingin Bergelar Solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
tetapi mana mungkin auratku terdedah
kerana aku ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi tugas isteri tidak lagi mudah
rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
kadangkala aku dibiar sendiri
kadangkala aku dibelai mesra
namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
aku tidak membantah
aku patuhi jua setiap kehendak
asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi aku isteri berkerjaya
pergaulanku perlu dijaga
pertuturanku perlu berpada-pada
takut pula nanti ada yang menaruh cinta
takut pula nanti terluka hati suami tercinta
walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
tetapi segalanya mungkin
dan aku perlu tabah dan cekal beriman
kerana aku tentunya ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
dan aku tahu ianya bukan mudah
tetapi aku yakin dengan janji Allah
dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...


Friday, December 6, 2013

Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....