Friday, August 29, 2014

Lelaki Idaman

Pertama kali kita bersua, hati yang masih jahil berbisik,
Mengutuskan kau bukan pilihanku, Kau terlalu membosankan,
Aku memandangmu, dan pandanganku kesasar,
Kulihatmu seorang lelaki muda yang warak',
Kau baik namun kau pasti membosankan.

Kedua kali kita dipertemukan, hati yang mulai mengenal cahaya hidayah ketika itu,
Mulai tertarik pada cara kau membawa diri, menjunjung agamamu di atas kepala walau di negara asing,
Aku memandangmu, ada sesuatu di dalam dirimu yang aku kekurangan,
Kulihatmu seorang lelaki muda yang warak',
Kau pasti seorang yang baik, lebih baik dari ramai orang.

Kali ketiga kita dipertemukan, Disatu majlis ilmu hatiku ketika itu semakin mengenal Rabb.
Aku kagum bila diperlihatkan banyaknya ilmu agama yang kau ketahui, semangatmu yang bekobar,
Hatiku tersentuh, tak ramai lelaki muda sepertimu,
Kulihatmu kini bukan sekadar seorang yang warak', kau seorang lelaki idaman,
Sungguh kau pasti yang terbaik diantara yang terbaik,

Dalam diam malam aku berdoa, semoga kita dipertemukan lagi,
Semoga Allah menjodohkan kita, Kerana aku mungkin takkan ketemu lelaki sebaikmu lagi,
Dan mungkin tak ramai yang mengerti, erti mencintai kerana Allah,
Aku mencari yang benar mengerti, dan yang ingin menuju syurgawi,
Kerana kau seorang lelaki yang warak', ciri itu yang aku cari sebagai seorang pendamping hidup.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment