Friday, January 3, 2014

Perempuan Vs Muslimah

Perempuan,
Apabila pemuda memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya,
Tatkala teruna mendekatimu selangkah,
Langkahmu mara tanpa tiada berundur,
Tika teruna memujukmu,
Kau asyik dan lemah dipangkuannya,
Bila mana teruna memberimu harapan,
Kau hanyut dalam buaian nafsu.

Muslimah,
Apabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panahan syaitan.
Tatkala teruna mendekatimu selangkah,
Kau berundur tiada mara.
Tika teruna memujuk rayu,
Kau anggapnya kalimah syaitan.
Bila mana teruna menutur harapan indah,
Kau yakin bahawa janji-Nya lebih bahagia di sana.


Kerana kau mengerti dan menyedari,
Akan erti maruah peribadi sejati,
Yang diselaputi iman hakiki,
Meratib cinta hanya buat Ilahi…
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment