Thursday, January 9, 2014

3 Sifat Hina Pada Lelaki Tetapi Mulia Pada Wanita

Di dalam kitab Muhimmah karangan Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani ada menyebutkan sifat-sifat yang patut ada pada seorang perempuan muslimah sejati....iaitu 3 sifat bilamana ada pada diri seorang perempuan maka menjadi mulialah ia tetapi kalau ada pada diri seorang lelaki maka menjadi hinalah ia.

Pertama kali saya mengetahui mengenai 3 sifat ini, saya rasa terkejut dan teruja sebab memang munasabah pun sifat-sifat tersebut bagi wanita dan tidak sepatutnya ada pada lelaki. Jadi, marilah kita ambil perhatian tidak kira lelaki mahupun wanita walaupun sebenarnya ia lebih menuju kepada wanita yang ingin menjadi wanita solehah.

(Dan kata) Saiyidina 'Ali Radhiyallahu 'anhu: "Bermula yang terlebih jahat sifat lelaki itu, iaitu yang terlebih baik bagi sifat perempuan, iaitu 3 perkara:

1.        Al-Bukhul yakni kedekut atau kikir.

2.        Adz-Dzuhu yakni membesarkan diri atau sombong

3.        Al-Jubnu yakni penakut.

Sekarang kita pergi kepada penjelasannya yang juga dihuraikan dalam kitab Muhimmah ini....

Pertama, kenapa kedekut tu sifat mulia bagi wanita....? ini kerana kalau wanita tu kedekut, dia akan lebih cenderung untuk memelihara harta suaminya yakni tidak terlalu senang membelanjakan harta suaminya melainkan dengan sebab-sebab yang mustahak dan keperluan...kan bagus begitu kan...tapi kalau ada pada lelaki pula, maka hinalah sebab kedekut sangat sampai taknak bagi nafkah kepada anak dan isteri....

Kedua, kenapa membesarkan diri atau sombong itu sifat mulia bagi wanita...? ini kerana kalau wanita itu sombong, dia tidak akan sewenang-wenangnya bercakap dengan mana-mana lelaki ajnabi melainkan keperluan yang sangat mustahak....barulah wanita ini tak akan menyebabkan suaminya berasa cemburu kepadanya....tambahan pula, kalau dia sombong dengan jiran-jiran dia, dia cenderung untuk tidak berborak dengan jiran-jirannya. bagus ke..??? bagus laa...kalau berborak nanti, dia akan cenderung untuk bercerita tentang perihal orang lain dan mengumpat dan lebih teruk lagi ialah menceritakan hal rumahtangga sendiri yang mana tidak patut untuk didedahkan kepada orang lain...jadi,suami dia akan sentiasa berasa rahsia rumahtangganya akan tetap terpelihara. Dan kata-katanya yang lemah lembut adalah semata-mata untuk suami tercinta....kan bagus tu kan...tapi kalau sifat sombong ini ada pada lelaki, maka hinalah sebab tak mahu terlibat dalam kerja-kerja islam yang sepatutnya tugas utama lelaki bukan tugas wanita....

Ketiga, kenapa penakut tu sifat mulia bagi wanita...? ini kerana kalau wanita itu penakut, dia akan lebih cenderung untuk tinggal dalam rumah dan ini membuatkan lelaki-lelaki ajnabi tak terlihat pun wajah wanita ini lalu asyik kepada wanita ini yang boleh membuatkan suaminya berasa cemburu....kerana semakin 'tersimpan' seseorang wanita itu maka semakin mulialah dia sebab wanita ini ibarat mutiara yang boleh menimbulkan kesukaan dalam hati-hati lelaki ajnabi yang akan menyebabkan timbulnya fitnah....wajah cantiknya hanyalah semata-mata untuk tontonan suami tercinta....kan bagus tu kan...tapi kalau lelaki penakut memang hinalah sebab dia tak mampu untuk melindungi anak-anak dan isteri dia kerana penakut....

Kesimpulannya, wanita hendaklah bersifat dengan sifat kedekut, sombong dan penakut manakala lelaki mestilah bersifat dengan sifat pemurah, peramah dan berani....alangkah indahnya islam mengaturkan segalanya yang mana tersimpan seribu hikmah dan kebaikan....cuma manusia yang buta hati dan bertuhankan nafsu sahaja yang keras kepala tidak mahu mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah..

Sifat-sifat yang disebutkan tadi bukanlah Nabi Muhammad Sollallahua'laihi wasallam sendiri yang menyebutkan dalam hadisnya, tetapi ia adalah kata-kata daripada sahabat yang bukan calang-calang orangnya iaitu menantu Nabi sendiri, Saidina A'li yang mana Nabi sendiri mengiktiraf ilmu yang ada pada diri beliau dan Nabi menggelarnya sebagai Babul i'lm iaitu pintu segala ilmu....kalau Nabi sendiri pun dah iktiraf ilmu yang ada padanya, apa pula kelayakan kita nak pertikaikan kata-kata Saidina A'li....tak payah cakap banyak...sami'na wa a'to'na....jangan jadi sami'na wa a'soina....wallahua'lam...
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment