Diriwayatkan bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, namun mereka tidak menemui sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia. Maka mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada اللّهُ سبحانه و تعالى ..
"Yaa Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka اللّهُ سبحانه و تعالى berfirman:
"Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah" (HR. Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Bashri berkata: "Perbanyakkanlah sahabat-sahabat Mu'minmu, karena mereka memiliki Syafa'at pada hari kiamat".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada Sahabat Sahabatnya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemui aku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada اللّهُ تعالى tentang aku:
"Wahai Rabb Kami.. Hamba-Mu fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau.. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
Sahabatku.. Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang اللّهُ تعالى .. Agar aku dapat bersamamu kelak di Syurga dan dalam Redha-Nya.. آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah يَا رَبَّ العَالَمِينْ ... Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk, patuh & taat kepada syariat-Mu.. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat dengan-Mu... الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Carilah sahabat yang menunjukkan syurga & kebaikan.
Author : Ar Ribath Al Ukhuwah