Bismillahirrahmanirrahim..
Berdasarkan hadis di atas, saya rasa terpanggil untuk berkongsi bahan-bahan bacaan yang semakin bertimbun dalam kotak emel dan juga smart phone saya. Daripada hanya menjadi khazanah dan tidak pula diselak-selak, maka saya berfikir lebih baik ia dikongsi kepada semua orang.
Oleh yang demikian, saya mewujudkan blog ini dan InsyaAllah saya akan kongsikan di sini semua karya penulisan yang berada dalam simpanan saya itu. Setiap karya yang disiarkan di sini akan disertakan dengan sumbernya bersama supaya karya-karya penulis yang asal terpelihara hakcipta penulisannya. Namun ada juga karya-karya yang tidak dapat dikenalpasti siapa penulisnya dan juga dari mana sumbernya. Maklumlah dah terlalu lama dalam simpanan. Sekiranya para pembaca mengetahui sumber dan penulisnya, boleh lah dimaklumkan kepada saya melalui ruangan komen di bawah atau emel terus ke alamat : fitnunnisak@gmail.com.
Bagi bahan bacaan yang ditulis dalam bahasa inggeris dan karangannya yang panjang, insyaAllah saya akan translate ke dalam bahasa melayu dan membuat sedikit ringkasan agar mudah dihadam dan diamalkan oleh para pembaca.
Saya juga akan mempertimbangkan karya-karya sesiapa sahaja yang ingin berkongsi karya mereka untuk disiarkan di sini dengan syarat ia adalah karya asli. Semoga dapat dimanfaatkan kepada kita semua.
Saya berharap semoga usaha saya untuk menyebarkan bahan-bahan yang bermanfaat ini dapat dijadikan sebagai saham tambahan sebagai bekalan di akhirat kelak dan semoga Allah redha..Insyaa Allah.. Let's spread the khayr! - jom sebarkan kebaikan!
Sebarang pertanyaan, komen positif atau negatif, bolehlah dikemukakan di ruangan komen di bawah atau menghubungi saya di alamat emel : fitnunnisak@gmail.com.